Selamat Datang ke Laman Web Rasmi

RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd.

RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd atau ringkasnya RISDA Semaian  ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.

Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan,RISDA Semaian telah menceburi dalam bidang-bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan & penyelenggaraan), kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.